Thursday, December 19, 2013

::What To Expect Afrina 6 Month::

 



Hari ini genap afrina 6 bulan..
besar dah anak mummy..
Jom tgk apa perkembangan terbaru Afrina..
^_^
 
 
gambar malam tadi.
maaflah kualiti gambar kurang sebab guna handphone murah je..xde flash..
sob..sob..sob..
pakcik Apple xsempat nak bg hadiah hp sebelum berangkat ke "sana"..
kihkihkihkih
 
He uses more energy
  • He sleeps less and has more intense physical activities. betul betul betul.
  • He holds out his arms to you, or lifts himself up on his forearms. ni masa afrina nak masuk 5bulan dah pandai dah..
  • He uses his whole body to communicate.
  • He grabs objects within his reach, and uses all his fingers, except his thumbs. betul tu..segala yang sempat capai, semua nak masuk mulut.
  • When he is on his back, he grabs his feet or objects within reach. yang ni lagi betul..asyik nak masuk mulut je kaki dia..yang sedara mara sebok ckp afrina nak adik lagi..padahal,memang perkembangan bayi macam ni..layan kan je lah yea,mummy..
  • He can now see in 3-D because his "binocular" vision is fully developed. A new world is opening up to your child!
 
More and more sociable
  • You are still the great love of his life, but he is becoming interested in other people around him. 
  • He laughs out loud when his brother or sister pulls faces. pantang diagah! xagah pun gelak jugak..camano tu?
  • He is no longer fearful of new faces. He takes his time to study them, and watches them carefully before rewarding them with his best smile. camni lah afrina bila jumpa orang baru..takes time..pastu kemain lagi senyum lebar, gelak2 bagai..
 
New ways of communicating
     
  • Your child's babbling becomes more and more evolved. He starts to pronounce certain consonants and varies the tone and volume of his voice.
  • He now has a large range of sounds to express his pleasure, anger or mood – cries of joy, grunts, coos, gurgles, roars, etc.

Source



:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::

Tuesday, December 17, 2013

Puri Keledek


 
 


 
macam sedap jee.... macam sedap jee..
 
hihihihi...
feberet ni..
nyum..nyum..
 
 
 
Semalam merupakan hari kerajinan mummy untuk membuat puri keledek untuk afrina..
beli keledek dari hari ahad lagi..
tapi, disebabkan virus M yang terlampau banyak..
xberkesempatan pulak nak buat..
 
 
T.T
 
 
Over kan?
 
 
ok. jom kita mula yea.
 
bahan-bahan :
Sweet Potato
Pengupas Kulit
Pisau
Kuali (untuk merebus ubi keledek)
Pengisar
Penapis
 
Cara-Cara :
macam nak main masak-masak pulak ghasenya..
hikhikhik..
 

ubi keledek ni kupas kulit beliau.. Ehh?
dan potong kecil-kecil supaya senang empuk.

bukak api, letakkan kuali, tuangkan air, masukkan ubi keledek ke dalam kuali..
pergh!! sebijik cam Chef Wan..
ntah-ntah kalah Chef Wan..
 
T.T

bila ubi keledek dah empuk, biarkan beliau sejuk terlebih dahulu sebelum dikisar halus..
jangan lupa masukkan sukatan yang yang betul. supaya ubi keledek dapat dikisar dengan jayanya..
kihkihkih

dah siap blend dah..
Smooth x? cantik je rupanya kan?
warna pun natural je cantik.xperlu nak tambah pewarna.
mummy pun teruja tengok.
sempat lah jugak masuk mulut.
hihihihi..
xsenonoh kan?
 

jom kita tapis dulu ubi keledek ni.
semoga tiada anasir-anasir luar masuk ke dalam makanan anak kita. ok.itu over!
sebenarnya xperlu tapis sangat pun.sebab ubi keledek ni dah lembut sangat. sebab tu sukatan air memainkan peranan yang penting!
tengok..siap ada tanda seru taw.menandakan memang penting..
 
ini lah hasil setelah berpenat lelah membuatnya.
penat lah sangat...senang je sebenarnya.
tinggal malas dan rajin je nak buat.

untuk 4Day Rules = 4bekas.
banyak lagi balance. tapi,simpan dalam bekas lain.
 
mummy terpaksa menahan nafsu makan ubi keledek.
sebab beli sikit je..
huhuhuhu...
xpe..t hujung minggu beli lagi..
untuk mummy je..
 
^_^
 
 
:: Terima Kasih Kerana Membaca ::
 


"Eat One, Then Eat Another"

 

 
 
macam kenal je tagline kat tajuk tu?
hehehehe~
 
tu lah tagline Jouhara Pastry
 
 
mummy bukan duta ke model ke ahli berbayar Jouhara Pastry ni...
tapi,sekali makan memang sedap lah!
xmenyesal lah beli..
 
ahad yang lepas, dorang de buka booth kat Depoh sempena Kid's Day..
 
tapi,malangnya xdapat nak join..sebab daddy AZ xdpt cuti.
xkan nak drive sorang2. nanti meraung cikenet tu kat sebelah,macamane?
xsenang nak memandulah jawapnya..
 
so,xdapat lah nak join..
hanya mampu pesan kat Cik Kiah je..
 
Jouhara Pastry ni de jual macam2..
antaranya :
 



 
ni lah antara gambar booth beliau ketika Kid's Day di Depoh RapidKL ahad yang lepas.
 
antara menu yang didagangkan..
 

Almond Chocolate Sticks
 
Almond Chocolate Chuncky & Fruity White Chocolate Bark
 

Ginger Bread Biscuit

 

Cake Pop
 
selain chocolate, cake pun ade taw!

rainbow cake in a jar
 

Rainbow Cake

Rainbow Cake tapi design lain..
haish! sayang wey nak makan kalau macam ni....

Chocolate Fountain

Cupcakes

Personalized Chocolate Bar
yang ni boleh request design pe nak..
 
 
memang sedap!!!
puas hati beli...
mummy beli yang Almond chocolate stick & Almond chocolate chuncky..
pas satu,satu makan ni..
xboleh nak berhenti..
nak buat macamane...dp kecik memang hantu chocolate.. T.T
Layaaannnn~

 
kalau nak order, blh g kat FB dia.. Instagram pun ade...
murah-murah je..
berbaloilah dengan harga dan keSEDAPan nya..
ok.nak sambung makan! ^_^
Do spread some LOVE..
 
 
:: Terima Kasih Kerana Membaca :: 
 

 

Sunday, December 15, 2013

Kenduri OH Kenduri...

 
 
 
 
 
ooopppsss....apsal de gambar ni pulak?
kawin lg ke??
BIG NO ok..
ni saje feeling2..sebab sekarang kan musim orang kawen-kawen ni kan...
so,nak feeling2 muda jap..
T.T
 
ehh..muda lagi taw!
 
hihihihi
 
hari sabtu haritu, berlangsunglah majlis perkahwinan rakan sekolah masa sekolah teknik kt gombak dulu..
kt Pantai Remis, Perak..
jaauuuhhhnyea...
sampai sesat2 kami..
huhuhuhuhu~
 

 
kami konvoi 2kete. 1kete 3orang..semua anak dara.. I jewr mak dara uoolss.. T.T

ni Cik Natalia Darleesha. Bujang lagi..kihkihkih..
sempat lagi nak  promote yea..
hari tu dia ni lah yang jadi driver merangkap babysitter..hihihihi
jangan marah yea,nat..gurau je..
since 2008 xjmpa ni taw..
dah bape tahun dah...almost 6tahun lah jugak..
last jumpa pon masa ambil result SPM. tu pun dapat jumpa kejap je.
 
kami sekelas.duk sebelah2 je. kira rapatlah jugak masa sekolah dulu..
geng copy n paste homework sebab last minute buat homework..
kihkihkih....
 
nak tayang pengantin pulak..

 
Selamat Pengantin Baru buat Siti Zubaidah & Mohd Sofi Yahya
Semoga Bahagia hingga ke syurga..
cepat2 dapat baby..t leh geng ngan aku n ara n zul..hihihihi
Siti Zubaidah @ nama gelaran time kat sekolah ni Bedah 1kelas. 4 Mekanikal 3.
Bedah ni memang sempoi orang nya..
kau cakap lah apa pun ngan dia. xpenah nak feeling2 lebih atau touching2..
bedah ni pengawas time kat sekolah..
senang lah nak kawtim pape..
kihkihkih...
kenangan betul...
 
 
cantik kan make up?
untuk pengetahuan semua, bedah memang susah nak make up..
sekali make up,kemain lawanya!
ni masa majlis akad nikah..
aku xde pun masa ni..
so,aku kidnap je daripada official cameraman.
YUS Manipulasi
 
nak tepek-tepak je gambar kami...
ini lah antara ex-schoolmate yang hadir mengecohkan majlis..
 
enjoy...

1st picture : wani dan saleha (salad)
2nd picture : MummyAZ, Baby AZ, Natalia Darleesha (nat), Pengantin ^_^ , Zulaikha (ika), Zarith Sofiah (pia).
3rd picture : ade tambahan yang tudung hijau tu.. Lala
 

 
nak balik pun sempat lagi snap gambar..
memang huru hara..

dalam kelas sebenarnya ade 7orang perempuan.. tapi lg 2orang xdpt nak menghadirkan diri..(ayat baku sikit yea.poyo!)
 
lepas ni semakin ramai yang akan kahwin..
dah berderet dh tarikh2 yang dah set ni..
harap dapat join..
Insya Allah..
seronok tengok orang kawin ni..
disamping dapat mengenyangkan perut..hihihi
 
jam 5.30 petang..kami bergerak balik. masing-masing kepenatan..
dalam jam 9 lebih baru sampai rumah..
huhuhuhuhu....
 
ok.settle bab kawin-kawin.
 
hari ahad ikut ibu & abah g kenduri kawan ibu kat puchong pulak.
tapi, bukan kenduri kawin.
kenduri doa selamat.......
 
sempena mereka nak berangkat ke Tanah Suci,Mekah..
Alhamdulillah..dah sampai seru mereka sekeluarga.
mummy doakan ibu & abah pun dapat jejakkan kaki ke sana jugak suatu hari nanti..
Insha Allah,ibu... ^_^
 
xsempat nak ambil gambar lain..
gambar diri sendiri je lah mampu..
hikhikhik..
 

ni pun snap time nak balik dah..kihkihkih...


 
 
macam panjang je entry kali ni kan?
hihihihi..
 
 
:: Terima kasih kerana sudi membaca ::
 

Thursday, December 12, 2013

Pemilihan Pam susu

Ia adalah pam susu, bukan pam buah dada. Rupanya ada sejenis breast pump untuk membesarkan buah dada, bukan untuk mengeluarkan susu. Hehe.

Memang satu perkara normal dan agak wajib bagi ibu bekerja yang merancang untuk exclusive/full BF tercari2 breast pump (pam susu). Dan soalan2 seperti “Kau pakai pam apa?”, “Pam apa paling bagus?” itu memang biasa lah.

Jawapan saya biasanya “Subjektif dan bergantung pada beberapa perkara”.
Tapi harus ingat, pam ni bukan perkara wajib yang menjadikan ‘tidak boleh buat’ sebab ketiadaannya. Bukan macam wuduk kalo nak solat ye, tak boleh solat kalo tak ada wuduk, tapi BOLEH breastfeed walaupun kerja kalo tak ada pam. Ini kerana saya pernah beberapa kali tersadung dengan pernyataan begini “Saya tak mampu nak beli pam mahal2.. nampak gaya tak dapatla BF lama2″. Dan ada pulak yang “Ruginya beli pam mahal2, dapat BF 2 bulan je, pastu susu dah takde”.
Jadi, apakah perkara yang perlu dilihat untuk pembelian pam yang berbaloi?

  1. Ilmu tentang EBF (Exclusive BF) walaupun bekerja. *Exclusive BF adalah bagi baby susu ibu saja, tanpa air masak, solids, FM, etc. kalo dah solids namanya fully BF.
    • Pam susu bukan alat untuk memancutkan susu dari payudara sekiranya anda tak berilmu. Ia bukan macam pam air parit, bila kita pam air keluar memancut2 dan mengeringkan parit. Bila taknak pam kita biar je.
    • Usah ghairah beli pam mahal2 atau pumping gear bagai tapi dalam kepala & dada masih kosong. Dapatkan ilmu dulu sebelum nanti rasa rugi pula beli barang2 tu tapi tak dapat nak exclusive BF pun.
    • Jadi menuntut lah tentang penyusuan sebelum mengambil keputusan untuk exclusive BF sambil bekerja.
  2. Budget.
    • Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Kalau budget ada seratus dua, jangan target yang riban2.
    • Betul, makin mahal sesuatu breastpump, makin baguslah. Tapi berpada2 lah dengan budget, study dulu jangan main tibai ikut orang. Breastpump ni wide range, sesuai untuk setiap kelas. Contohnya kalau nak double pump, kalau yang murah sikit, Spectra, mahal sikit Ameda, mahal lagi Medela (sekadar contoh). Kalau bajet sekitar RM400, belila Spectra3, jangan pulak gi beli Medela Freestyle yang RM2000. Kan duit lebih tu boleh buat benda lain, beli lampin, baju, carseat, dan sebagainya. Jimat kan?
  3. Nature of work.   
    • Waktu di pejabat berapa jam sehari? Kerja sibuk ke? Ada banyak masa senggang tak? Kena travel tak?
    • Kalau kerja yang sibuk, mungkin perlukan double pump supaya cepat sikit.
    • Kalau tempat pam susu tak ada power point atau boss tak bagi pakai power supply ofis, mungkin kena pakai manual pump.
    • Kalau kerja asyik travel, kena la pakai pam yang ringan dan sesuai untuk travel.
    • Kalau tak sempat pam di pejabat tapi drive dalam jem, mungkin perlukan pam yang boleh sambung ke power point dalam kereta.
  4. Suka pam yang macamana?
    • Ada orang dia memang suka yang auto-operated (macam saya). Jadi kut2 manapun dia akan cari yang elektrik punya.
    • Ada orang dia memang suka manual, jadi kut2 manapun dia nak manual jugak.
    • Ada jugak orang berpendapat, elektrik sakit nipple dan manual lenguh tangan, tapi tidak bagi 2 golongan di atas.
    • Jadi agak2lah mana satu yang berkenan di hati dan di jari.
Selain dari itu, walaupun tidak menggunakan pam, ramai jugak yang dah sukses menyusu anak masing2 dengan hanya hand expressing (perah pakai tangan).
Saya sendiri menggunakan Rumble Tuff dan Spectra 3. Alhamdulillah


So, sebelum beli apa2, fikirkan dulu ke-berbaloi-an nya. Especially kalau barang mahal. Kalau saya yang tak berapa nak kaya ni, memang fikir habis2, kalau tak, menyesal aje. Memang duit boleh dicari tapi kena selalu beringat kan. Walau cemanapun, pengorbanan untuk menyusukan anak PASTI berbaloi.


::Terima Kasih Kerana Membaca::

Wednesday, December 11, 2013

:: Puri Epal Untuk Si Comel Afrina ::

Assalamualaikum..
 
ehem..ehem..
harini nak bercerita pasal puri yang baru buat semalam,..
 
 
mummy yang terlebih eksited nak bg anak makan..macamni lah..
sebelum anak 6 bulan dah sebok bg makan...
kihkihkih..
 
Inshaa Allah xde pape kot..
 

ini antara alatan yang mai guna :

pemotong kulit

pemotong buah
 
 
ok..here the step by step :
mai guna kan 2biji epal dulu..xpandai nak baget lagi kan..
1st time lah katekan..
uhuk..uhuk..
mai pilih epal jenis Red Delicious . sebab nampak cantik kot merah nye..
kihkihkih...

nilah hasil lepas dh kupas kulit..
yang bahagian tengah tu jangan risau kalau xboleh buang.
sebab??....


hah! ni lah sebabnya... bahagian tengah tu akan terpotong..
senangkan guna alat ni..
walaupun boleh je guna pisau biasa untuk potong, kata abah..hihihi
tapi,nampak menarik je nak makan kalau epal jadi cantik macam ni..
mengada2 sangat kan?
 
 T.T
 

bahagian tengah ni nak buat ape?
nak makan pon boleh..nak buang pon boleh..
ikut suka kaki..
ehh..ikut suka hati yea..
 

kembali ke topik asal.
disebabkan terlalu eksited. xsempat nak beli pon steamer. mai guna kuali je utk kukus epal.
letak air kt bahagian bawah dan alas besi tu.air tu agak-agak je lah yea..

 

pastu, susun lah elok-elok buah epal tu kat atas besi tu..
dan tutuplah kuali..sampai epal tu agak-agak dah lembut..
macamana nak tahu epal dah lembut?
ambil garfu, cucuk epal tu..
kalau epal tu melatah, belum lagi lah tu..sebab keras lagi kan..
hahahaha...ok.itu cerita tipu..!
epal tu akan senang sangat dicucuk bile dah lembut.

lupa pula nak snap gambar epal dalam blender.
kira aci je lah yea..
ni bila epal dah siap blend. masih dalam blender.
 

ni pula bila dah letak dalam mangkuk...still nampak macam likat kan?
 
so, kita tapislah.. sebab baby 6bulan tak boleh makan benda-benda yang pejal lagi.


mai guna bekas kecil macam ni.
ni untuk 1 hari je.
bekas ni beli kat DAISO. murah-murah je.
boleh lah muat 2oz.
baby 6 bulan bukan makan banyak pun.
aci lah kan?

hasil 2 biji epal.
cukup 4bekas dan cukuplah untuk 4Day Rules kan?
 
:: Terima Kasih kerana membaca ::
 
^_^