Monday, January 20, 2014

Hasil Mengepam

Assalamualaikum..

Lama pulak rasenya bercuti dari menekan-nekan keyboard ni..
hihihihi...

Ok..kali ni nk share sikit gambar ni.

No 1 & 2 tu sesi pagi. 3 sesi tengahari. 4 sesi petang.


Banyak? Sikit?
Ntahlah..lain orang lain kuantitinya kan?
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyusukan afrina.

Siapa kata wanita berkerjaya (wah..berkerjaya gituw!) xboleh menyusukan anaknya? dan terpaksa bagi susu lembu yang sepatutnya menjadi hak anak lembu itu?

Susu ni hak anak..tanpa anak,susu xkan keluar. kecuali ambil pil (ibu angkat). itu yang mummy tahu.
susah ke nak menyusu kan anak?
tahu tak bahawa nikmat menyusu kan anak tu macamane?
Keseronokan yang tidak dapat dimana-mana.

Selain daripada dapat bagi yang terbaik untuk anak, ibu-ibu juga secara tidak langsung ibu-ibu dapat kurus secara free. tanpa perlu kemana-mana pusat kecantikan atau perlansingan badan.
oleh itu, secara tidak langsung ibu-ibu dapat menjimatkan wang dan dapat dibelanjakan wang tersebut ke tempat lain..
Kenapa boleh kurus??
Sebab pembakaran lemak yang sempurna. Hihi.
Ibu menyusu membakar lemak lebih banyak dari ibu yang tidak menyusu.

Jadi, lemak lemak yang kita simpan semasa mengandung memang tujuannya untuk dibakar semasa menyusu.

Kenapa breastfeeding baby susah demam?

Antibodi ibu disalurkan melalui susu ibu membuatkan badannya imun dengan banyak jenis kuman tanpa perlu demam terlebih dahulu.

Baby yang minum susu formula pula kena demam dahulu untuk bina antibodi. Kesian anak kita.

Mama, ibu, mommy, ummi - anda boleh buat perubahan dengan cara menyusukan selama 2 tahun atau lebih.

Ibu yang memilih untuk menyusukan anaknya juga telah membantu ekonomi keluarga.

Bayangkan harga susu sebulan RM300. 24 bulan anak menyusu, bapa perlu belanja RM7200!

Apa salahnya ibu beli pam harga RM2k kalau boleh guna sampai 3 anak (dalam tempoh 8 tahun)

Kan. Kan.
Baki allocation tersebut boleh belikan ibu benda lain. Note 3 ke hihi.


:: Terima Kasih Kerana Membaca ::

No comments:

Post a Comment