Wednesday, January 1, 2014

Pelupa selepas bersalin?

 


 
Betul ke kite manjadi semakin PELUPA selepas bersalin?? Pergi ke dapur untuk ambil sesuatu kemudian terlupa kenapa ke dapur.. Bila hendak bercakap, anda juga terlupa apa yang hendak dibualkan..

 Menurut DailyMail UK, kajian telah mendapati faktor-faktor utama yang menyebabkan kegagalan memori disebabkan oleh beberapa perkara termasuk perubahan hormon, keletihan, dan tekanan menjaga anak baru lahir.

 Satu lagi penyebabnya bagi ibu yang menyusukan anak.. Sejenis hormon akan dihasilkan jika ibu menyusukan anak. Hormon ini membantu ibu-ibu berehat terutamanya semasa menyusukan anak. Pernah tak anda tertidur semasa breastfeeding? Hormon ini menggalakkan ibu relax dan kurang fokus. 


Antara tips yang boleh diamalkan :
1) Cuba dapatkan rehat atau tidur yang secukupnya.
2) Fokus satu perkara pada setiap masa
3) Buat senaman ringan - ini membantu lebih banyak oksigen dihantar ke otak
4) Buat senarai perkara yang anda perlu buat
5) Makan makanan untuk kesihatan otak - sekadar untuk meningkatkan fungsi otak


p/s : mummy perasan, mummy juga menjadi pelupa yang amat! huhuhu~

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment