Monday, December 30, 2013

✻ 5 Makanan Membantu Banyakkan Susu ✻



 




➊ Daun Alfalfa
Kalau di pasaraya ada dijual Alfalfa sprout.Kalau ada jenis tablet tu pun boleh juga.
...

 


 ➋ Halba/fenugreek
Halba biasanya digunakan dalam masakan.


 


 ➌ Kurma
Kurma membekalkan kalori untuk ibu menyusu. Rendam kurma semalaman dalam air susu, dan blend esoknya bersama air susu. Sedap di minum sejuk


 


 ➍ Susu
Susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.


 


 ➎ Tempe
Tempe mengandungi protein yang tinggi. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, asas penyusuan seperti kerap perah/ pam susu tetap tak boleh ditinggalkan. Kalau asas penyusuan tak di buat, makan lah banyak mana pun supplement, susu tetap tak akan banyak.

Happy Breastfeeding! (っ◔◡◔)っ


P/S : gambar adalah hasil sumbangan pokcik google. seb baik pokcik google baik hati bg pinjam jap.

:: Happy Reading ::

Sunday, December 29, 2013

Cara Menyimpan Susu Ibu




Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara menyimpan susu ibu dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Cara Menyimpan Susu Ibu:

  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::

Wednesday, December 25, 2013

Kaison



e'hem..e'hem.. ape ke benda lah pulok Kaison tu?
hihihihihi...
 
Kaison tu nama kedai. kedai yang menjual segala benda mak nenek yang kalau korang masok kompem xnak kuar.
mummy lah tu..
 
T.T
 

mummy ni pantang nampak kedai camni..
memang laju je kaki tu melangkah..
 
daddy pon pening kepala tengok mummy.
tapi,sayang punya pasal ikut je lah..
xkan nak tinggal pulak kan?
^.^
 
Jom jengah pe de dalam Kaison ni..
 
Oh! yea.. Kaison yang mummy g ni kat Paradigm Mall..
yang mummy de citer kat SINI.
 
 

 
tengok ni..macam-macam jenis bunga ado..
ko pilih je mane yang berkenan di sanubari eh hati..

bakul pun macam-macam jenis bakul. kalau jenis yang memang suka menghias rumah bagai istana, wah wah ayat mummy! g lah sini cuci-cuci mata.. mana tahu de yang berkenan kan..
nak buat untuk hantaran pun boleh gak.

nah! sape yang ngah gila ngan katun minion.. kunon yang ngah TOP sekarang ni kan?
terdapat dalam pelbagai saiz dan pilihan..
 
^.^

lepas ni dah xpayah nak susah gi paris macam Che Ta tu...kat sini pun de sourvenior eiffel tower.
nak saiz besar, nak saiz kecik..semua ado!
ko boleh lah kelentong yang korang gi france.
feeling-feeling gi oversea gitu!
jangan kantoi dah lah..
 
T.T
 
daddy, please jadi model untuk mummy yea..
pandailah berlakon yea..
 
 =P

frame-frame gambar.. macam2 corak dan gambar..
tinggal nak pilih je.

soft toys...
segala jenis binatang, bentuk pun ade..

stationary yang chomell-chomell..
 
^.^
 
gambar ehsan dari Pokcik Google

tengok! macam-macam jenis bunga kan?
seyes xtipu....

untuk peminat Hello Kitty

aneka jenis jam.
agak-agak kalau nak pakai kat tangan pon boleh..
kalau muat lah..
 

bunga lagi.
 
ok..tunggu pe lagi?
jom terjah..
hihihihi~
 
 
:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::
 
 



Monday, December 23, 2013

Susu Ibu atau Susu Formula?



semalam g check up dan inject afrina untuk 6 bulan..
Alhamdulillah.. afrina ok je sepanjang perjalanan.
tak meragam pun. walaupun terpaksa duduk dalam car seat..
syukur.. Allah permudahkan segalanya..
sebab terpaksa pergi berdua je..
daddy dah balik karak.
tak dapat nak teman..
tak pe, daddy..mummy paham..
daddy dah try tukar dengan kawan dia..tapi, kawan dia pun ade hal.
 
so,berdua je lah ngan cikenet..
 
hihihihi..
 
 

 
bagi upah mainan kat afrina..
 
^.^
 
baik sangat anak mummy ni.
 
ok. berbalik ke topik asal.
 
semalam beramah mesra lah dengan ibu-ibu yang g check anak mereka.
berlakulah dialog seperti berikut..
Mummy : anak dah berapa bulan?
Ibu A : baru 4bulan. (tersenyum)
Mummy : wah..semangat yea.. berapa berat anak ni?
Ibu A : baru timbang tadi.. dh 6kg.
Mummy : * dalam hati.. fuh! berat jugak..
menyusu badan ke?
Ibu A : eh..xlah.bg susu formula brand *** .susu badan dah xde.sebab kerja.
Mummy : OOOO.....
 
sebelah Ibu A, ada seorang lagi ibu. kita nama kan dia Ibu B pula yea.
Mummy : berapa bulan anak?
Ibu B : baru masuk 2bulan.
Mummy : Ouh...berapa berat? (sebab nampak baby tu semangat sangat badannya)
Ibu B : 7 kg.
Mummy : oouhh...bagi susu botol yea?
Ibu B : a'ah.
(Sila abaikan mummy yang nampak macam busybody peramah ni yea)
T.T
 
ok.
Full Stop.
 
Afrina baru masuk 6bulan minggu lepas dan berat 6.8kg.
menyusu badan sepenuhnya.
tanpa campur apa-apa susu tepung.
 
nampak tak berbandingan yang cuba mummy gambarkan?
 
bayi yang menyusu susu tepung / susu formula lebih terdedah kepada obesiti atau berat badan yang berlebihan.
 
hal ini kerana.. hambik ko..ayat baku sudah keluar..
dalam susu formula itu sebenarnya mengandungi tinggi protein dan berisiko untuk menyebabkan bayi tersebut membesar dengan lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sehingga kini, tiada satu pun syarikat pengeluar susu bayi berjaya menghasilkan susu formula yang menyamai khasiat yang terkandung di dalam susu ibu.
 
hah! nampak tak apa yang mummy cuba sampai kan?
 
hasil kajian juga menunjukkan, bayi yang diberi penyusuan badan secara eksklusif selama lima hingga enam bulan pertama, kurang risiko menghidap obesiti.
 
jadi, jangan ingat bayi yang gemok ooppss.. dan comel tu adalah sihat.
 
Ada penyelidikan menunjukkan KEBANYAKAN golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbihidrat tinggi pada usia terlalu awal dan minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.
 
Mummy sedar, ada segelintir ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan bayi mereka hingga 2tahun seperti yang dicadangkan atas alasan yang pelbagai.
susu kering
nak bekerja
tidak tahu untuk mengendalikan susu badan.
macam-macam lagi lah.
 
tapi, itu semua hanya alasan semata-mata.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..
betul x?
 
mummy juga bekerja.
Alhamdulillah mummy masiih mampu menyusu kan afrina sampai sekarang.
tidak dinafikan.. dugaan, halangan dan kritikan dari sekeliling tu memang banyak sangat.
tapi,atas dorongan dan galakan dari daddy, kawan-kawan yang sama-sama menyusukan anak secara eksklusif ni buat mummy bangkit balik.
Alhamdulillah.
 
Mummy bukan nak menyombong diri sebab mampu menyusukan afrina.
mungkin nasib mummy baik sebab dipertemukan dengan insan-insan yang banyak membantu.
tapi,usaha dari diri sendiri untuk membuat kajian, belajar macam mana nak handle EBM, macam mana nak beli pam susu yang sesuai.
semua tu boleh belajar.
jangan segan untuk bertanya.
tidak dinafikan, mummy still attend kelas untuk menyusu.
 
sebab? ilmu Allah tu luas..
cari, gali lah selagi boleh.
internet pun dihujung jari.
handphone masing-masing pun dah canggih kan?
kalau nak compare handphone mummy yang murah ni.. Sobb..sobb...
 
tiada alasan untuk kita menafikan hak anak kita tu.
bagi lah yang terbaik untuk mereka.
bukan lama pun. sekejap sangat 2tahun tu.
nanti, anda mesti merindui saat-saat menyusukan bayi anda..
 
:'(
 
post yang agak serius kali ni.
 

 
 
:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::
 



Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?
Munif, Putrajaya.
 
Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;
 
1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
 
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
 
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.


4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.


5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.


6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.


7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.


8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.


9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.


10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.


11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.


Sumber

Puri Pear


 
mari membuat puri..!
^.^
 
kali ni kita buat puri pear plak yea..
 
 


macam xmenarik je kan??
 
xpe2...
kite tampal gambar yang cantik cikit..
ehsan dari pokcik Google..
kihkihkih


alright.. macam biasalah..
kita kupas dulu buah ni..
yang kt tengah tu xnak buang abis pon xpe..
sebab kita ada alat dari Doraemon yang boleh membantu...
Ehhh!

tengok ni....!
cantik kan jadi bentuknya..
ala2 bunga gituw.

mummy guna 2 biji buah pear ni..

kemudian mummy rebus kan..
kalau ikutkan, stim lebih baik.
sebab air dari buah ni maintain dalam buah..
tapi, disebabkan mummy mls nk stim kan..
mummy rebus je..
 
nampak tak periuk kecik yang chomell tu?
cuba teka beli kat mana?
Daiso lah..mana lagi.. iye dak?
^.^

oh! lupa plak nak snap gambar dh blend. sebab sibuk ngan cikenet!
hehehehe
tp, ni xtapis pon..sbb dh lembut.
ok...4day rules yea...
so 4bekas..

jangan lupa label bekas yea...!
 
 
:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::


Berhujung minggu



ke mane hujung minggu?
dok kat rumah je?
atau bershopping sakan?
atau sekadar jalan-jalan cuci mata?
 
hehehehe...
 
minggu ni En Hubby balik..
so,panjanglah langkah ni kesana kesini..
menghabiskan masa hujung minggu bersama..
wwaaahhhhh....ayat!
 
jom cuci mata tengok gambar dari handphone tak berapa nak canggih ni...
 

pandainya anak mummy ni posing ala-ala terkejut yea..
kihkihkih...
OOTD
cari-cari seluar afrina dalam kotak baju..last-last jumpa short ni..
beli tapi xpakai langsung..
sebelum tak boleh pakai langsung, better pakaikan je..
 
T.T
 
afrina membesar sgt cepat!

ok. afrina dh pandai merangkak..
cuma xboleh bergeak je lagi..
cuma paandai duk dalam posisi ni je..
xpe,sayang..
slowly yea..
jangan besar cepat sangat!
nanti mummy rindu...
 
:'(

g Sunway Giza.. sebab nak g Camy Babyland.
nak cari sterilizer.
sebab Camy Babyland tengah buat sale.
tapi xbeli pun..
huhuhu...
T.T
 
sebab nak compare harga dulu..
ngada-ngada je kan?
xpe..nama pun jalan-jalan cuci mata..

tengok ni...
ala-ala bapa mithali kan? Amin~
mummy Heart daddy soo much..
mummy tukang ambil gambar pulak.. T.T

Afrina dalam stroller.

lepas keluar dari Camy Babyland.
kami ke Paradigm Mall pulak..
nampak sangat macam xde keje kan?
kihkihkihkhih...
ni lah nama nya jalan-jalan cuci mata.

comell je kan rumah bear kat belakang tu?
tu je alasan nak ambil gambar kat sini..
sebab comell sangat!
mummy ni memang geram tengok bear-bear yang Gebuss ni.

mummy pon sibuk nak bergambar juga.

sayang sangat gambar ni blur..
tapi,nak tampal jugak!
 
:'(

penat berjalan...
afrina tidur dulu yea,mummy.. ^.^

bagus nya anak mummy ni..
elok je mummy siap makan..baru bangun.
ngah layan watermelon..
nyum..nyum..nyum..
close up cikenet layan watermelon..

dah lama tak makan Seoul Garden.
jemput tengok yea..


tengok ni!!
teddy bear besar..

wajib harus lah mummy bergambar ngan teddy bear besar ni kan...
boleh tak bawak balik ni, daddy?

mummy cuci-cuci mata tengok kasut..
pusing je belakang..
Taraa! mummy...tengok afrina..afrina merangkak dalam stroller..
*mummy pengsan*

destinasi terakhir.. Kaison..
masuk dalam ni rasa macam xnak keluar..
nantikan post selepas ni yea..
ada apa dengan Kaison...
kihkihkihkih...
 
 
 
hari ahad yang hening..
bawak afrina keluar jalan-jalan di Lake Valley..
Padahal mummy yang nak berjalan...
 
=P

please ignore tudung yang senget benget tu..
daddy dengki. ambil gambar xready.
 
T.T

 
layan mata ketika angin sepoi-sepoi bahasa..

lalu, dapatlah mummy & daddy dating..
 
nggeeee~
 
konon-konon mengimbau kenangan masa bercinta lah ni..
 
 
ok.
stop dah.
 
 
:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::