Monday, December 9, 2013

Kebaikan Susu Ibu & Susu Formula



 

Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi?



  • Bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.
  • Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula, mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik, dan gangguan perut yang lain.
  • Sistem imun bayi lebih kuat dimana bayi dilindungi daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesity dan penyakit lain-lain.
  • Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu.
  • Tidak mengandungi bahan2 kimia merupakan salah satu kebaikan susu ibu.
  • Bayi yang lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.
  • Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan dimana susu ibu mempunyai suhu badan yang sama dengan badan bayi.
  • Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu.
  • Mengerat ikatan emosi di antara ibu dan bayi.
  • Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.




Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu ?



  • Susu ibu adalah percuma, boleh menjimatkan kos harian.
  • Penyusuan membantu pengecutan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, rahim dan ovari.
  • Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu kerana penyusuan membakar kalori.


Apakah Kebaikan Susu Formula ?


  • Sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada bayi, tidak semestinya ibu sahaja.
  • Tidak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu.
  • Frekuensi penyusuan kurang kerana penghadaman susu yang perlahan, bayi akan tidur lebih lama.
  • Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri kerana tidak perlu risau tentang penghasilan susu badan.

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

No comments:

Post a Comment