Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi?
- Bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.
- Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula, mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik, dan gangguan perut yang lain.
- Sistem imun bayi lebih kuat dimana bayi dilindungi daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesity dan penyakit lain-lain.
- Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu.
- Tidak mengandungi bahan2 kimia merupakan salah satu kebaikan susu ibu.
- Bayi yang lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.
- Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan dimana susu ibu mempunyai suhu badan yang sama dengan badan bayi.
- Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu.
- Mengerat ikatan emosi di antara ibu dan bayi.
- Penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi.
Apakah Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu ?
- Susu ibu adalah percuma, boleh menjimatkan kos harian.
- Penyusuan membantu pengecutan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, rahim dan ovari.
- Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu kerana penyusuan membakar kalori.
Apakah Kebaikan Susu Formula ?
- Sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada bayi, tidak semestinya ibu sahaja.
- Tidak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu.
- Frekuensi penyusuan kurang kerana penghadaman susu yang perlahan, bayi akan tidur lebih lama.
- Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri kerana tidak perlu risau tentang penghasilan susu badan.
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.
No comments:
Post a Comment