Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang
semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah
yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu
akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di
antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon
prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu
bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum
Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang
dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik,
jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa
digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling
popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan.
Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.
Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti
halba.
4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air
juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas
air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan
tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air
kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan
susu,
5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu
memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk
mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor
atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan
Sumber | Gambar
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan
semua.
Sumber | Gambar
No comments:
Post a Comment