Monday, December 23, 2013

Susu Ibu atau Susu Formula?



semalam g check up dan inject afrina untuk 6 bulan..
Alhamdulillah.. afrina ok je sepanjang perjalanan.
tak meragam pun. walaupun terpaksa duduk dalam car seat..
syukur.. Allah permudahkan segalanya..
sebab terpaksa pergi berdua je..
daddy dah balik karak.
tak dapat nak teman..
tak pe, daddy..mummy paham..
daddy dah try tukar dengan kawan dia..tapi, kawan dia pun ade hal.
 
so,berdua je lah ngan cikenet..
 
hihihihi..
 
 

 
bagi upah mainan kat afrina..
 
^.^
 
baik sangat anak mummy ni.
 
ok. berbalik ke topik asal.
 
semalam beramah mesra lah dengan ibu-ibu yang g check anak mereka.
berlakulah dialog seperti berikut..
Mummy : anak dah berapa bulan?
Ibu A : baru 4bulan. (tersenyum)
Mummy : wah..semangat yea.. berapa berat anak ni?
Ibu A : baru timbang tadi.. dh 6kg.
Mummy : * dalam hati.. fuh! berat jugak..
menyusu badan ke?
Ibu A : eh..xlah.bg susu formula brand *** .susu badan dah xde.sebab kerja.
Mummy : OOOO.....
 
sebelah Ibu A, ada seorang lagi ibu. kita nama kan dia Ibu B pula yea.
Mummy : berapa bulan anak?
Ibu B : baru masuk 2bulan.
Mummy : Ouh...berapa berat? (sebab nampak baby tu semangat sangat badannya)
Ibu B : 7 kg.
Mummy : oouhh...bagi susu botol yea?
Ibu B : a'ah.
(Sila abaikan mummy yang nampak macam busybody peramah ni yea)
T.T
 
ok.
Full Stop.
 
Afrina baru masuk 6bulan minggu lepas dan berat 6.8kg.
menyusu badan sepenuhnya.
tanpa campur apa-apa susu tepung.
 
nampak tak berbandingan yang cuba mummy gambarkan?
 
bayi yang menyusu susu tepung / susu formula lebih terdedah kepada obesiti atau berat badan yang berlebihan.
 
hal ini kerana.. hambik ko..ayat baku sudah keluar..
dalam susu formula itu sebenarnya mengandungi tinggi protein dan berisiko untuk menyebabkan bayi tersebut membesar dengan lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sehingga kini, tiada satu pun syarikat pengeluar susu bayi berjaya menghasilkan susu formula yang menyamai khasiat yang terkandung di dalam susu ibu.
 
hah! nampak tak apa yang mummy cuba sampai kan?
 
hasil kajian juga menunjukkan, bayi yang diberi penyusuan badan secara eksklusif selama lima hingga enam bulan pertama, kurang risiko menghidap obesiti.
 
jadi, jangan ingat bayi yang gemok ooppss.. dan comel tu adalah sihat.
 
Ada penyelidikan menunjukkan KEBANYAKAN golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbihidrat tinggi pada usia terlalu awal dan minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.
 
Mummy sedar, ada segelintir ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan bayi mereka hingga 2tahun seperti yang dicadangkan atas alasan yang pelbagai.
susu kering
nak bekerja
tidak tahu untuk mengendalikan susu badan.
macam-macam lagi lah.
 
tapi, itu semua hanya alasan semata-mata.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..
betul x?
 
mummy juga bekerja.
Alhamdulillah mummy masiih mampu menyusu kan afrina sampai sekarang.
tidak dinafikan.. dugaan, halangan dan kritikan dari sekeliling tu memang banyak sangat.
tapi,atas dorongan dan galakan dari daddy, kawan-kawan yang sama-sama menyusukan anak secara eksklusif ni buat mummy bangkit balik.
Alhamdulillah.
 
Mummy bukan nak menyombong diri sebab mampu menyusukan afrina.
mungkin nasib mummy baik sebab dipertemukan dengan insan-insan yang banyak membantu.
tapi,usaha dari diri sendiri untuk membuat kajian, belajar macam mana nak handle EBM, macam mana nak beli pam susu yang sesuai.
semua tu boleh belajar.
jangan segan untuk bertanya.
tidak dinafikan, mummy still attend kelas untuk menyusu.
 
sebab? ilmu Allah tu luas..
cari, gali lah selagi boleh.
internet pun dihujung jari.
handphone masing-masing pun dah canggih kan?
kalau nak compare handphone mummy yang murah ni.. Sobb..sobb...
 
tiada alasan untuk kita menafikan hak anak kita tu.
bagi lah yang terbaik untuk mereka.
bukan lama pun. sekejap sangat 2tahun tu.
nanti, anda mesti merindui saat-saat menyusukan bayi anda..
 
:'(
 
post yang agak serius kali ni.
 

 
 
:: Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ::
 



1 comment: